Tarian Zapin

Tarian Zapin merupakan tarian Melayu berasaskan Arab-Parsi. Zapin bermaksud "gerak kaki". Tarian ini bercorak persembahan atau pertunjukan kerana gerak tarinya berasaskan penari-penarinya. Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian ini mempunyai 3 peringkat.



Peringkat pertama ialah pembukaan tari. Peringkat kedua pecahan atau gerak serta lenggang tari dan ketiga ialah penutup tari. Zapin menumpukan pada langkah kaki dan kaki sentiasa tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak beralun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga tangan kanan dan kiri berada di bawah bahu. Dari segi berpakaian, penari-penari memakai pakaian melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai baju kurung beserta kain sarung.

Dicatat oleh: Azrini bt Amran ( 198504)

0 Response to "Tarian Zapin"

Catat Ulasan