Tarian Giddha

TARIAN GIDDHA
Bagi masyarakat India, tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan rasa yang mendalam dalam diri seseorang.
Tarian Giddha merupakan tarian masyarakat Punjabi tetapi hanya di persembahkan oleh penari-penari wanita sewaktu malam hari perkahwinan masyarakat mereka.

Tarian ini diibaratkan bagai seutas tali yang berpusar mengikut rentak dan warna.
-tali yang berpusar adalah ayunan tangan gembira.
-rentak adalah rangkaian lagu rakyat (Bolian).
-warna di ibaratkan selendang yang cantik.

Pada malam hari perkahwinan masyarakat Punjabi, tarian Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Ayunan tangan yang gembira membolehkan mereka berhubung melalui Bolian (rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

Dicatat oleh: Nurfariq bin Nordin (206878)

1 Response to "Tarian Giddha"

  1. Nik says:
    3 Mei 2012 pada 5:42 PTG

    hebat..maklumat ni penting utk saya..banyak laman web yg telah saya jelajahi tapi tiada satu pun yg menepati apa yg saya mahu..ini juga tidak menepati tetapi ia lebih kepada apa yang saya mahukan.......

Catat Ulasan