Pengenalan

Tarian yang terdapat di Malaysia

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian warisan budaya dan kaum yang unik.
Kepelbagaian warisaan budaya dan kaum dapat diperlihat melalui jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di Malaysia. Malaysia terkenal dengan pelbagai tarian kaum melayu, orang asli serta beberapa tarian penduduk Sabah dan Sarawak. Tarian tradisi kaum cina dan india yang berasal dari negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Contoh tarian yang terdapat di Malaysia seperti tarian Sumazau, Zapin, Gamelan, tarian singa, tarian naga, tarian Yangge, Bhangranatyam, Giddha dan lain-lain. Tarian yang terdapat di Malaysia terkenal dengan kesenian tersendiri dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.


Dicatat oleh: Mohd Kharol Anuar bin Mat Deraof (206854)

Tarian Sumazau

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang terkenal Malaysia. Tarian sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat dan mengubati penyakit.

Gerak dan irama tarian sumazau adalah perlahan-lahan dam lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.







Dicatat oleh: Nurhazira Asma bt Zakaria (199641)

Tarian Zapin

Tarian Zapin merupakan tarian Melayu berasaskan Arab-Parsi. Zapin bermaksud "gerak kaki". Tarian ini bercorak persembahan atau pertunjukan kerana gerak tarinya berasaskan penari-penarinya. Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian ini mempunyai 3 peringkat.



Peringkat pertama ialah pembukaan tari. Peringkat kedua pecahan atau gerak serta lenggang tari dan ketiga ialah penutup tari. Zapin menumpukan pada langkah kaki dan kaki sentiasa tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak beralun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga tangan kanan dan kiri berada di bawah bahu. Dari segi berpakaian, penari-penari memakai pakaian melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai baju kurung beserta kain sarung.

Dicatat oleh: Azrini bt Amran ( 198504)

Tarian Gamelan

Tarian gamelan merupakan sebuah tarian istana yang popular pada zaman kesultanan Riau-Lingga iaitu pada masa pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Tarian ini mula diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu di Istana Bendahara Tun Ali, Pahang, semasa perkahwinan anakanda baginda. Semasa zaman kegemilangan, joget gamelan ditarikan dalam istana di atas pentas yang dihampari permaidani.Namun, pada masa kini, tarian joget gamelan tidak lagi dikhususkan sebagai tarian istana, tetapi tarian ini turut ditarikan di pentas orang ramai atau di kaca televisyen.
Tarian ini ditarikan oleh gadis remaja menggunakan konsep pergerakan yang lembut gemalai dengan pakaian yang indah dan berwarna-warni.

Dicatat oleh: Nurul Nadia bt Ahmad Sobri (203976)

Tarian Singa

Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Tarian singa adalah dimainkan oleh dua orang penari yang meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah serta kekayaan pada Tahun Baru Cina.

Jenis Tarian Singa
Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea,Thailand, Vietnam, dan Malaysia. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian singa utara digunakan sebagai hiburan diraja manakala tarian singa selatan selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah.


Dicatat oleh : Yim Li Kuan (206554)

Tarian Naga

Tarian naga merupakan suatu pertunjukan dan tarian tradisional dalam kebudayaan masyarakat Cina. Dalam tarian ini, penari-penari memainkan naga-nagaan yang diusung dengan belasan tongkat. Mereka menirukan gerakan-gerakan makhluk naga secara tradisinya melambangkan peranan naga yang menunjukkan kekuatan yang luar biasa dan martabat yang tinggi.Naga tersebut dibuat daripada kertas, bambu, kayu, rotan, dan bahan cat sebagai penghiasan. Setiap warna lapisan pada naga memberikan perlambangan-perlambangan yang berbeza.

Selain itu, tarian naga ini biasanya diikuti dengan seseorang yang mengangkat mutiara yang berwarna merah yang melambangkan matahari atau kebijaksanaan.

Dicatat oleh: Chong Yin Shin (206877)

Tarian Yangge

Tarian Yangge
Tarian yangge merupakan tarian tradisional cina yang berfungsi sebagai tarian meriah dan merupakan tarian gabungan antara tarian dan nyanyian.
Sejarah
Dari segi sejarahnya,tarian yangge berasal sejak 2000 tahun yang lalu semasa Dinasti Song(960-1279).Tarian yangge pada awalnya merupakan tarian matahari dan ditarikan untuk mengusir roh jahat dan pemujaan dewa.
Pakaian dalam tarian yangge
Semua penari lazimnya menggunakan pakaian yang berwarna merah,hijau dan warna cerah lainnya.Penari juga memakai reben sutera yang berwarna merah di sekeliling pinggang mereka sebagai perhiasan.
Tarian
Seseorang dapat menarikan tarian yangge dengan mudah iaitu dengan hanya tiga langkah cepat ke depan dan satu ke belakang mengikuti irama muzik.

Dicatat oleh: Chong Pui Yee (206858)

Tarian Bharatanatyam

Tarian Bharatanatyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharatanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.

Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.


Dicatat oleh: Wan Nurliyana bt Wan Mohd Razali (203746)

Tarian Giddha

TARIAN GIDDHA
Bagi masyarakat India, tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan rasa yang mendalam dalam diri seseorang.
Tarian Giddha merupakan tarian masyarakat Punjabi tetapi hanya di persembahkan oleh penari-penari wanita sewaktu malam hari perkahwinan masyarakat mereka.

Tarian ini diibaratkan bagai seutas tali yang berpusar mengikut rentak dan warna.
-tali yang berpusar adalah ayunan tangan gembira.
-rentak adalah rangkaian lagu rakyat (Bolian).
-warna di ibaratkan selendang yang cantik.

Pada malam hari perkahwinan masyarakat Punjabi, tarian Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Ayunan tangan yang gembira membolehkan mereka berhubung melalui Bolian (rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

Dicatat oleh: Nurfariq bin Nordin (206878)

Alat- alat Muzik Tarian

ALAT-ALAT MUZIK TARIAN
PENGENALAN KEPADA ALAT MUZIK DI MALAYSIA


PENGKLASIFASIKIAN ALAT MUZIK DARI SEGI MELODI

JENIS ALAT MUZIK MENGIKUT BANGSA DAN TARIAN

TARIAN MELAYU
TARIAN GAMELAN
Alat gamelan ialah bonang,saron pekin,saron barung,sarung demung,gambang,kenung,kempul,gendang dan gong.

TARIAN ZAPIN
Alat muzik dalam tarian zapin ialah alat muzik tradisional dan bermelodi diantaranye ialah gendang, sape, pipa, rebena dan kompang.

TARIAN SUMAZAU

Alat muzik yang digunakan dalam tarian sumazau ialah bungkau,gabang,gandang,gong,kant,kantung,kulintangan,sompoton,suling,tongkungon,tontog dan turali.

TARIAN CINA
TARIAN SINGA dan TARIAN NAGA
Muzik memainkan peranan yang penting dalam tarian singa dan naga. Alat muzik yang biasanya digunakan dalam tarian-tarian tersebut ialah drum cina yang bikin bunyi dung, dan simbal cina yang bikin bunyi ceng.

TARIAN YANGGE

Alat muzik bagi tarian Yangge ialah dram, trompet dan gong. Muzik yang digunakan biasanya mempunyai unsur irama loghat yang kuat dan tarian ini tidak memerlukan instrumen yang mahal dan pentas yang formal.


TARIAN INDIA

ALAT MUZIK TARIAN INDIATabla akan di mainkan dalam semua jenis tarian india.Merupakan alat muzik terpenting dalam alat muzik tradisional dan bermelodi india. Nadaswaram diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.Alat muzik terkenal dalam masyarakat india.



Dicatat oleh: Nurul Humaira' Aishah bt Mohd Ali (203971)